Selalu jugak bila Abe mat datang KL, beliau membawa beberapa bungkus nasik kandar untuk anak-anaknya yang berada di KL merasa nasik kandar Penang. Itu pon sudah dikira enak untuk dijamah. Namun ‘feel’nya yang asli adalah apabila berada dalam restoran tersebut sambil mengandar apa yang patut.

DSC_5657

 

DSC_5661

 

DSC_5679

notakaki:satu hari nanti kita pakat kerumun ramai2 pulok…jange rusing..

{ 11 comments }

 

poster_matrabuana2

Dalam pada universiti-universiti ternama tanah air begitu ghairah mengejar ranking teratas universiti di seluruh asia mahupun dunia, pujian seharusnya diberikan kepada Dewan Budaya Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang di atas penganjuran program yang begitu jarang sekali diadakan di ipt pada masa sekarang. Ada juga di kalangan cerdik pandai universiti tanpa segan silu menyatakan bahawa program yang sebegini langsung tidak menyumbang ke arah kedudukan terbaik universiti dan mereka berasakan suatu pembaziran untuk mengeluarkan bajet bagi menganjurkan program yang sebegini. Biaq pi lah…

Program ini  disertai beberapa jenis kesenian tradisional dari dalam dan luar negara antaranya Awang Batil, Alu Bunyi (Perlis), Wayang Gedek (Kedah), Menora (Thailand), Ona Ona Sabil-Sabil (Indonesia), Dikir Barat, Wayang Kulit Kelantan (Kelantan) sekaligus dapat mengeratkan lagi perhubungan seni antara kesemua pengamal kesenian tradisional ini.

 

DSC_5463
5am @pelita. Disambut oleh Abe Mat
  DSC_5483
Bersama peserta dari Thailand 

DSC_5518  Persiapan pentas    DSC_5528 
Rehearsal

DSC_5586
Overture
  DSC_5594  Wayang Kulit Kelantan

DSC_5599   DSC_5605
Hadrah


DSC_5610
Alu Bunyi 

  Joghee


DSC_5612 
Caklempong

DSC_5619   DSC_5631
Tarian Menora
 
  Ona-ona Sabil Sabil

 

PESIBAN sangat beruntung pada kali ini kerana dijemput untuk menyertai program tersebut atas cadangan adiguru CMJ. PESIBAN mewakili persembahan tradisional daripada kelantan iaitu dikir barat dan wayang kulit Kelantan. Program ini secara tak langsung sedikit sebanyak dapat memberikan pengalaman yang baru kepada ahli-ahli tertamanya di kalangan ‘budak-budak baru’.

 

DSC_5888 

gambar hiasan

{ 6 comments }

CIKGU: ok murid2…hari ini cikgu akan mengajar kamu bagaimana cara melakukan seks tp tidak mengandung. sebab apabila kamu mengandung anak luar nikah, kamu akan buang merata2. Semua org mendapat malu nanti.. Mak bapak kamu, keturunan kamu, bangsa kamu malahan kerajaan jgk malu. Jadi kamu tak perlu malu dengan apa yang cikgu terangkan nanti..

Lalu cikgu terus menerangkan tentang penggunaan kondom, seks sebelum waktu subur dan sebagainya..mungkin penerangan ini mengambil masa yang lama.. penerangan ini juga hanyalah secara lisan dan tidak diterangkan secara praktikal.. sudah tentu apa yang diajarkan itu akan menimbulkan rasa ingin tahu yang lebih mendalam di kalangan murid-murid dan mereka ingin mencubanya secara praktikal!

Itulah yang aku nampak apabila subjek pendidikan seks di ajar di sekolah. sepatutnya kita perlu mencari bagaimana cara utk mengelakkan seks luar nikah, bukannya mengajar seks supaya tidak mengandung.

Jadi cara yang terbaik untuk megelakkan seks luar nikah hanyalah dengan subjek Pendidikan Islam, penerapan nilai-nilai Islam dengan lebih mendalam selain didikan dari mak bapak sendiri..secara teori dan praktikal. Sebab yang ramai buang anak luar nikah adalah di kalangan orang islam!

{ 3 comments }

Ramai yang mengenali aku melalui Budak Kelantan selalu bertanyakan aku “takde filem baru ke?”..”tak berlakon lagi ke?”…dan mcm2 jawapan yang aku berikan dan aku sendiri tak pasti dgn jawapan aku berikan…”..dah berhenti dah”, “dah tak laku lagi dah”, “takder masa la”, “malas…”dan mcm2 lagi… Yang sebenarnya aku bukanlah pelakon sepenuh masa yang selalu mencari lubang untuk berlakon. Keghairahan aku untuk berlakon juga semakin berkurangan sekarang. Beberapa hari lepas ada seseorg yang menghubungi aku utk audition teater Uda dan Dara arahan Dato’ Rahim Razali di IB. Lain kali la kot…

{ 10 comments }

FESTIVAL SENI UM 2010

March 5, 2010

DIJEMPUT BERAMAI2 UNTUK MEMERIAHKAN LAGI PROGRAM TERSEBUT

Read the full article →

Post- Persembahan Mak Yung Anak Raja Dua Serupa, 22-24 Januari 2009, Istana Budaya

January 25, 2010

Terdapat bermcm2 komen dan pendapat yang aku dengar berkenaan persembahan tersebut. Walau bagaimanapun, kali ini aku bukannya ingin menulis komen yang telah didengar ataupun komen peribadi daripada aku sendiri, tp ingin bertanyakan pendapat/pandangan daripada kawan2 yang menonton. Lontarlah apa sahaja komen yang ingin anda kongsikan/sesuatu yg ingin anda katakan berkenaan persembahan pada mlm tersebut. [...]

Read the full article →

Drama yang aku berlakon…

January 18, 2010
Read the full article →

‘…tidurlah anakku…’

December 28, 2009

Tak tahu knp hatiku sgt tersentuh bila membaca e-mail dari seorg kawan lamaku (mungkin hampir 10 tahun tak jumpa) berkenaan dgn pemergian arwah anaknya..aku dapat rasakan apa yang dia rasakan..namun hanya dia saja yang lebih merasai dan cukup mengerti apa yang dilaluinya..e-mail ini ingin aku kongsikan bersama pengunjung2 di sini;
Mohd Azri Mat Jusoh December [...]

Read the full article →

Tok Janggut Ke Perlis

December 21, 2009

Pada 19 Disember 2009 lepas, gerombolan Tok Janggut (TJ) berkeliling lagi untuk destinasi seterusnya iaitu Panggung Kapitol UniMEP, Kangar, Perlis Indera Kayangan. Perlis merupakan destinasi terakhir pementasan teater keliling TJ untuk tahun 2009. Sekali lagu aku ingin berterima kasih kepada produksi TJ kerana sudi untuk mempelawa aku bagi menjayakan pementasan pada kali ini.

Dewan Kapitol [...]

Read the full article →

Dua Pertama Kali di Teater Keliling Tok Janggut

October 16, 2009

Saja nak kongsi pengalaman yang aku lalui mlm td. Persembahan teater keliling Tok Janggut telah berlangsung malam tadi di Kolej Kediaman KE-12 UM. dianjurkan oleh KPT & USM dgn kerjasama UM. aku telah dijemput utk memeran satu watak dalam teater tersebut sebagai Tok Abas, kawan rapat Tok Janggut.
1 pertama kali adalah aku mempersembahkan watak tersebut [...]

Read the full article →