Syair Melayu

Pada 13 November lepas berlangsungnya persembahan syair-syair Melayu di Taman Budaya Kuala Lumpur. Penulis telah dijemput oleh Dr. Nasir (salah seorang peserta yang membuat kajian berkenaan syair) untuk menjadi pemuzik bagi mengiringi persembahan syair pada malam tersebut.

 Syair_thumb[1]

Pemuzik, penari dan pembaca syair yang membuat persembahan

Baru aku tahu bahawa terdapat 13 jenis melodi syair Melayu yang sangat menarik antaranya ialah:

1. Melodi Dakwah

2. Melodi Tok Kenali

3. Melodi Dodoi

4. Melodi Pekan Baru

5. Melodi Perindu

6. Melodi Hiasan

7. Melodi Perantau

8. Melodi Istana

9. Melodi Narasi

10. Syair Batang Kuis

11. Melodi Bilal Osman

12. Melodi Temenggong

13. Siti Zubaidah

Namun aku percaya, ramai yang tidak pernah mendengar melodi-melodi syair yang disebutkan di atas kecuali Syair Siti Zubaidah. Pujian seharusnya diberikan kepada Para Pengkaji dari Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya atas usaha mereka dalam memelihara salah satu warisan kesenian Melayu ini.

Syair2_thumb2

Penulis bersama Tuan Haji Ali Badron Haji Sabor iaitu individu yang diiktiraf sebagai warisan orang masih hidup di bidang syair.

Antara pembaca syair pada malam tersebut antaranya ialah Tuan Haji Hamdan Abdul Rahman, Meriam Awang Lah, Wan Ismalinda Wati Wan Ismail, Tuan Haji Ali Badron Haji Sabor, Sarbanun Abdul Kadir Marican, Datin Prof. Dr. Sri Nurestri.

This entry was posted in Umum. Bookmark the permalink.

11 Responses to Syair Melayu

  1. mahsan says:

    sedap syair ni..kalo sambil2 tiup serulinggg

  2. mafaka says:

    aye ni gak gomo blako…pah ko syair nak gomo..
    gomo asan gomo…hahahaha

  3. arjunasukma says:

    hahaha..bare ikut letak nih..tanggung blako..tubuh bergelar badan bernama..nak try ppakai baju pengantin singh ko mahsan..stail punjabi..jjadi jgk bokali..muga dia tanggung blako..haha..gomo san gomo..ambo turut punggo

  4. mahsan says:

    ha ha….gomo gi…
    untung sabut timbul untung batu tegela…
    jatuh di di darat menjadi bukit,,jatuh di laut..menjadi pulau
    inilah kehidupan ambo..insan kerdil..cewahhhhhhhhh

    ha ha

  5. mafaka says:

    sungguhh…pok san ni gak, kalu dia ngatuk, letak dale kande rimau pon dia tido bulih…

  6. snaz says:

    boleh kasi syair atau pantun tak nk lah uat bende

  7. khushai says:

    saya suka

  8. khushai says:

    boleh bagi syair tajuk ekonomi untuk pertandingan

  9. mafaka says:

    buat dulu apa yang terlintas kat kepala..then kita edit…
    lebih kurang pantun jgk..kena ada rima..

  10. saya suka !!!!!!!!! :)

    :: ? ::
    I LOVE YOU

  11. saya sangat suka :)

    :: ? ::
    I LOVE YOU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>