CIKGU: ok murid2…hari ini cikgu akan mengajar kamu bagaimana cara melakukan seks tp tidak mengandung. sebab apabila kamu mengandung anak luar nikah, kamu akan buang merata2. Semua org mendapat malu nanti.. Mak bapak kamu, keturunan kamu, bangsa kamu malahan kerajaan jgk malu. Jadi kamu tak perlu malu dengan apa yang cikgu terangkan nanti..
Lalu cikgu terus menerangkan tentang penggunaan kondom, seks sebelum waktu subur dan sebagainya..mungkin penerangan ini mengambil masa yang lama.. penerangan ini juga hanyalah secara lisan dan tidak diterangkan secara praktikal.. sudah tentu apa yang diajarkan itu akan menimbulkan rasa ingin tahu yang lebih mendalam di kalangan murid-murid dan mereka ingin mencubanya secara praktikal!
Itulah yang aku nampak apabila subjek pendidikan seks di ajar di sekolah. sepatutnya kita perlu mencari bagaimana cara utk mengelakkan seks luar nikah, bukannya mengajar seks supaya tidak mengandung.
Jadi cara yang terbaik untuk megelakkan seks luar nikah hanyalah dengan subjek Pendidikan Islam, penerapan nilai-nilai Islam dengan lebih mendalam selain didikan dari mak bapak sendiri..secara teori dan praktikal. Sebab yang ramai buang anak luar nikah adalah di kalangan orang islam!
Kalu kita menghayati ikrar kita dgn Allah dlm doa’ iftitah dlm solat tu pon sudah cukup utk kita berasa malu dan takut nk buat sesuatu dosa…
pendidikan islam di sekolah dan didikan agama drpd ibubapa., sudah mencukupi sebenarnyer..
tak payahla nak mengajar pendidikan seks di sekolah,
lepas ni ada la anak2 kita, balik tanyer,kondom tu utk apa ayah, ayah ada pakai tak,
ke ayah ade skill sendiri, haha…tunggu je laa budak2 repond camner
yang herannya byk kolum dalam akhbar-akhbar kerajaan yang sgt menyokong pendidikan seks di sekolah..kena cepat2 buat la, relevan dgn masyarakat skrg la, ntah apa jadah lagi laa…apa kaitan pendidikan seks di sekolah dgn kerajaan?
yg sedang kita buat skrg ni hanya pendidikan seks, tapi kita tak pulak berusaha, ataupun taklah gigih berusaha membendung pengaruh dan anasir yang menjarah pemikiran anak2 kita lalu cenderung pada seks!
banyak keadaan, kita tak berusaha meracun umbi masalah, Misalnya kempen Prihatin menentang pembuangan bayi, Sekolah Harapan di Melaka untuk yang dah membawak budak. Tapi siapa yang pernah usahakan sesuatu untuk mengelakkan aktiviti asas yang membawa kepada ketermengandungan dan pembungan bayi tu??
Saya pun setuju dgn tuan tanah, pendidikan seks bukan cara terbaik. Ya, ia akan menjadikan kita akan kelihatan setaraf Amerika atau Eropah, negara2 dalam zon maju.. tapi, banggakah kita dengan anak reamaja yang bijak melakukan seks selamat?
ada pendidikan seks.. tuh.. hok jong bekecek tu laa nok mengajar nya.. buleh pitih lebih.. benda buke payah ngajar pendidikan seks nih.. tak nati ko ada PhD!..