Permulaan Makyung UM

Permulaan Makyung UM

Alhamdulillah. Selesai sudah persembahan ringkas untuk penilaian pelajar2 subjek bengkel makyung. Aku sangat mengagumi semangat pelajar2 jabatan drama yang mempunyai passion utk mengenali makyung secara dekat walaupun ramai daripada mereka yang terpaksa menelan bermacam2 persembahan, tugasan pada masa yang sama. Aku andaikan dan harapkan ini adalah suatu permulaan bagi persembahan teater tradisional makyung bertapak semua di pusat kebudayaan UM dan seterusnya secara serius. Semasa aku belajar dulu (6-7 tahun lepas) di Pusat Kebudayaan UM, subjek ini pernah diajar dan ketika itulah aku mengenali makyung secara formal. Namun selepas itu, tiada lagi bunyi gendang, suara2 pelajar2 mengalunkan dondang di Pusat Kebudayaan UM.

Aku masih ingat lagi pada satu ketika dulu, aku pernah menyatakan kepada guru CMJ (semasa aku ingin belajar segalanya ttg makyung terutamanya rebab daripadanya) salah satu tujuan aku belajar adalah untuk membawa masuk makyung ke pusat kebudayaan UM secara serius dan berterusan. Langkah pertama aku berjaya menapak. Terima kasih guru CMJ.

Terima kasih juga kepada ahli2 PESIBAN, yang terlibat pada persembahan ringkas tersebut. Terima kaih juga kepada Zam dan suami serta Yana Aswara yang sanggup membantu. Kalau Allah mengizinkan, ketemu kita lagi pada semesta depan.

This entry was posted in Makyung and tagged , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Permulaan Makyung UM

  1. datuk d says:

    Alhamdulillah… syukur terima kasih jugak kerana beri peluang kepada pesiban untuk bersama-sama belajar dalam persembahan ringkas makyung UM.. Insya Allah .. hendak seribu daya.. tak hendak seribu dalih.. :D

  2. lokanbertepuk.. says:

    Tahniah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>