Aku pasti setiap orang pernah mendengar drama radio sama ada secara langsung mendengarnya ataupun terdengar dari corong2 radio. drama radio memang popular pada satu ketika dulu di Malaysia. semasa aku di bangku sekolah lagi aku selalu mendengar drama radio kerana tiadanya televisyen pada waktu itu. yang seronok bila mendengar drama radio adalah kita bebas untuk berimaginasi berkenaan dengan visual pada babak2 yang kita dengar. itupun kalau pelakonnya bagus dari segi pengucapan dialognya. kalau tidak, kita hanya akan dapat membayangkan pelakon2nya memegang helaian skrip dan membacanya depan mikrofon.
sekarang juga terdapat drama radio yang disiarkan oleh stesen radio swasta, lagi-lagi dibulan puasa ini. namun bila mendengarnya, aku rasa macam drama itu dibuat secara tidak serius, intonasi yang entah ke mana, vokal yang tidak beremosi, terlalu mengikut skrip, syok sendiri dan macam2 lagi. dalam hati aku ‘…senangnya diorang buat keje..’
dalam aku membebel seorang diri berkenaan dengan drama radio yang aku dengar semasa dalam kereta, tiba2 aku dihubungi oleh seseorang yang bahasakan dirinya sebagai kak dah, dari salam.fm (radio jakim). rupa-rupanya dia tawarkan aku satu watak untuk dua drama ramadhan yang diterbitkannya. drama radio. aku dapat rasakan yang watak2 aku komen dalam drama radio aku dengar ketika itu berkata kpd aku, ‘..hah, kalau kau terer sgt kau buat la sendiri…’nak mengutuk orang sangat..
ada la beberapa sebab yang kak dah hubungi aku utk berlakon dramanya itu. aku dah cakap, aku takder pengalaman buat keje tuh tp dia suruh buat jugak. sudah la tu, pelakon2 yang lain bukan calang2 org pulak tuh, saharudin tamby, maimun mutalib, hisham ahmad tajuddin, kak ti. maunya tak terkebil2 aku aku malam tadi kat angkasapuri. tp as a new comer dlm bidang ni, aku langgar jer sambil2 perhatikan cara2 pelakon-pelakon buat keje. banyak jugak yang aku tak puas hati tp harap2 tidaklah sampai jadi macam pelakon2 dalam drama2 radio yang disiarkan oleh radio swasta yang aku komplen sebelum ini.
jadi…satu hari tuhan akan bagi kita rasa apa yang kita tidak puas hati berkenaan dengan apa yang orang lain buat. kalau takut utk merasa, jangan sesekali tak puas hati dengan kerja orang lain.
{ 13 comments… read them below or add one }
hehe..dua perkara baru yang akan anda kecap nikmat…samada dikutuk sebagaimana anda mengutuk orang yang sebelum ini, atau orang yang anda kutuk itu memuji anda dengan hasil kerja yang memberansangkan. Tiada tiang tengah antara dua jurang ini..hehe
Tapi kami semua percaya…setiap tawaran pasti sudah ada asas pertimbangan yang sewajarnya untuk melantik sesuatu pelakon dan wataknya. Hargailah sebaik mungkin jalan yang baru direntas itu. Mudah mudahan rimba ditebas hari ini menghasilkn tanah yang lapang dan subur untuk hari muka. namun harus diingat..kerja menebas tanah hutan tak semudah “tetas benam baju”..hehe
kawe minat jugak ngan Saharudin Thamby tu belakon.. macho molek sogho.. dale satu drama radio hok kawe dengar baru2 ni cerita “alahai kesian Anak-anak Omak” oleh seorang penulis skrip dari Puchong.. kalu tak silap ambo beliau berlakon sebagai pegawai perikanan (beranak tiga tapi idup bujang) nok ngorat anak dara oghe negeri sembilan… suara macho molek…
pengalaman kedua ambo masa melawat RTM masa di Universiti dulu berjumpa dengan salah seorang pelakon drama radio (nama tak ingat).. rupa beliau saling tak tumpah mace ‘pok jak’ main canang group ddikir Cheras.. tapi bila dia hit low note buat scene nak rogol oghe dialog
“heheheh.. marilah.. hanya kita berdua sahaja.. hehehe mari lah heheh”.. meme kalu dengar bederau bulu roma jugak lah….
pok jak mana? x knl
kalu ada watak hok memerlukan kecek cepat2 tak bbutir tu bui la ko kawe..ataupun kalu memerlukan watak hok suko@ketawa hhihihihhi dan banyak kali sebut HOR..bui ko saudara arjunasukma kita..hahaha
aaaa…kalu ggitu kena tgk watak hok sebenar dulu sebelum bui watak dale crita..
p.s: antara perkataan ‘kutuk’ dan ‘komplen/komen’ ada dua perkataan yang berbeza dari segi maknanya dan juga sikap pelakunya..sebab tu ambo toksir pakai istilah ‘kutuk’..hehehe
Прочёл несколько разделов… Добавил в избранное, хороший блог.
nnate ore putih ni mari royak ggapo nih>??hahaha..bahasa lidah ore isap gam kasut nih..
aaa..baru hamba terlihat kad pengenalan mohd kutuk, rupanya dia adalah adik tiri kepada mohd komplen@komen..sorry Yo, baru terperasan salasilah keluarganya..ingatkan adik beradik seibu sebapak..hahaha
hehehe…mohd kutuk tu lebih kurang mohd grutuk ko apo??hok pakoh ore sokmo tuh..
aaa..adik beradik dua tu bokali…hahaha
McKeran tu spam.. demo gi approve bakpo yo?
bahasa israel tuh
Salam perkenalan 1Malaysia buat saudara. Kita dari Kota Kinabalu Sabah ingin nak kongsi pengalaman ngan sdr. kita pernah berlakon drama radio dan sering menulis skrip drama radio untuk RTM Sabah sejak tahun 1983 hingga kini. Lebih 50 skrip drama radio yg telah kita tulis dan 2 skrip telah dibukukan dalam ‘PAHLAWAN LEMBAH TEMPASUK’ terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka KL. Berlakon drama dan menulis skrip drama radio, dua genre yg memrlukan penghayatan jiwa, kemerduan suara yg bisa memukau telinga pendengar tuk mengikutinya. Satu soalan, bagaimana saya bisa mengusulkan karya2 saya untuk dikongsisama rakan2 semua?? terima kasih.
hai siti…isteri saya pon dari KK sabah..so secara tak langsung, saya pon org sabah…hehhe
utk pengetahuan saudari siti, saya buknnya aktif berkecimpung dlm drama radio mahupun tv..semua itu hanyalah hobi pada masa terluang/ada penerbit yg hendakkan saya..
berkenaan soalan saudari, saya rasa saudari lebih tahu berbanding saya dlm hal tersebut..apa2 pon, saya cuba tanya seorg penerbit drama radio yang saya kenal nanti…insyaallah..keep in touch…