Hari ini aku terbaca satu artikel berkenaan dengan bahasa pasar dalam Berita Harian. Artikel itu membidas stesen televisyen kerajaan Malaysia berkenaan dengan tajuk salah satu segmen iaitu Nasional@1 (nasional at one). Sebelum aku terbaca artikel tersebut, pagi ini juga aku sempat menonton rancangan pagi yang berunsurkan perbincangan di TV1 (yang berwajah baru kononnya) dalam Bahasa Inggeris (selalunya selamat pagi Malaysia). Aku terfikir juga apa dah jadi dengan Bahasa Melayu yang menjadi bahasa ibunda di Malaysia ni? Yang paling aku terkejut, di hujung artikel tersebut, tertulis nama pengarang iaitu Professor Teo kok Seong, Professor Sosiolinguistik Bahasa Melayu di UKM. Rupa-rupanya yang menulis itu adalah seorang Profesor yang berbangsa Cina yang tampak lebih mengambil berat dengan masalah bahasa di Malaysia ini. Sedangkan stesen televisyen itu dipegang talinya oleh kerajaan yang kebanyakkan ahlinya adalah orang Melayu.
Semenjak dua menjak ini pon heboh berkenaan isu pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris. Macam2 pandangan yang diberikan oleh para akademik dan juga ahli politik hangguk.
apabila aku masuk je mesyuarat pagi ini, sekali lagi masalah bahasa timbul dalam mesyuarat tersebut. ceritanya, mesyuarat hendaklah dijalankan dalam bahasa Inggeris kerana ada seorang pensyarah baru yang datangnya dari korea dan sah2 tak tahu berbahasa Melayu. Kenapa tak suruh saja Korean tu belajar Bahasa Melayu? dia masuk kandang kita, kena ikut cara kita la. Habis macam mana nak ikut cara kita, kita pun terhegeh2 nak mengaum walaupun kita ni kambing.
aku bukannya seorang yang anti terhadap bahasa inggeris kerana aku sendiri pon memang hancur berbahasa inggeris, tetapi sekirannya diperhatikan sehari dua ini, bahasa inggeris nampaknya lebih ditatang berbanding dengan bahasa melayu. berbagai2 cara yang dilakukan supaya masyarakat kita pandai berbahasa Inggeris. Perkara tersebut tidak menjadi masalah sekiranya semua rakyat Malaysia memang fasih berbahasa Melayu. Akan tetapi tidak sebegitu hakikatnya!! apa salahnya kalau kita mencari jalan/cara untuk memartabatkan lagi bahasa melayu sebagai bahasa utama ilmu di semua sektor sebelum nak menyanjung tinggi bahasa lain. Bukankah bahasa Melayu adalah sebagai alat untuk perpaduan pelbagai kaum di Malaysia? itulah maksudnya Bahasa kebangsaan.
Aku sgt menyampah bila dengar para academician berselirat bercakap bahasa melayu. Tunggang langgang tatabahasanya. Kadang2 kalau bagitau diorang maksud dubur itu adalah sejenis kuih pon mereka akan percaya. Macam tu ke academician Malaysia? Ahli politik pon ramai jugak. Cuba perhatikan semasa perdebatan berlaku di Parlimen.
Aku sangat percaya bahawa sangat tidak ramai rakyat Malaysia (walaupun org melayu sendiri) yang tidak berasa malu sekiranya anak mereka tidak tahu berbahasa Melayu tetapi sgt bangga sekiranya dapat bertutur dalam bahasa Inggeris. sebabnya itulah bahasa ‘orang cerdik’. Seseorang itu tidak berapa cerdik sekiranya hanya tahu berbahasa Melayu. Melayu bodoh…..Lantak la Bahasa Melayu.
{ 15 comments… read them below or add one }
Melayu akan terus layu kerana dilayukan oleh para cerdik pandai melayu. hakikat ini subur di depan mata. Dapat cakap omputih berderai-derai air liur menyirami mic, mic pun menyumpah seranah…
Bila kambing disuruh mengaum di depan mengkarung..heran..kalau pergi ke negeri mengkarung, jgn harap arr mengkarung nak mengembek mcm kita..tetap berdecit yang spatah haram pun tak kita fahami..kambing akan tetap kambing la..walau mandi bersabun import dari ohio..
MUngkin ramai yang bersetuju dengan kenyataan bahawa rata-rata masyarakat kita jahil bahasa. Padanya bahasa hanya sekadar boleh berbicara. Cukup sempit pandangan sebegini. Ada juga berpandangan, dalam berkomunikasi ‘asalkan faham sudah’. Mudahnya. Tanpa pedulikan etika, estetika, budaya dan negara. Yang tentunya ada peraturan tertentu yang perlu dipatuhi. Memperlekeh bahasa Melayu adalah satu ‘komunikasi’ yang biadap dalam konteks negara.
ya…ramai jugak org Melayu yang biadap terhadap bahasa melayu itu sendiri.
dah nak wat lagu mana..permainan politik malaysia. sannggup hancurkan bahasa ibunda sendiri hinggakan anak melayu di kampung terkial-kial nak belajar mate dan sains dalam bahasa inggeris. lagikan belajar mate dan sains dalam bahsa melayu dah susoh..tambah guna bahso inggeris 2 kali la susohnya… hang tuah pun malu gamaknya kalu dia idup lagi.. bahaso melayu tergadai oleh anak bangsa sendiri
BAHASA MELAMBANGKAN BANGSA…TAPI ADA JUGAK KISAH DULU2 TNDIA MALAYSIA TAK PANDAI CAKAP MELAYU…APA KE JADAH MAK BAPAK HANTAR SEKOLAH… SATY LAGI KALAU YANG TAK PANDAI BAHASA INGGERIS NI SEKARANG,,GELAP SIKIT MASA DEPAN NAK KERJA DGN SWASTA…
aku nk lari topik sket..baru tgk Budak Kelantan (aku terlepas tgk kt wayang itu ari). Sgt2 menghormati citer BK ni (wpon aku budak Negri) dan sgt terkesan dgn semua yg ada dlm naskhah ini..Dan satu lg, aku akan jadi pemburu lakonan saudara mcmana aku jadi addicted pada filem yasmin ahmad..Noktah!!!
cuman…kadang2 aku rasa takut dgn statement last ko tulis tu..
haha..terkadang rasa takut itu adalah biasa, saudara..cuma jangan biarkan rasa takut itu terlalu kerap bertandang, khuatir yang memburu akan berasa lebih kuat dan yang diburu akan dilihat semakin kecil..
btw, apa projek baru atau mgkin ada naskhah dlm bikinan? klu ada yg boleh dikongsi, hoi kt blog aku n at anytime i’ll rush to get it mine..(mu dok maghoh deh aku cubo kecek omputeh..lantak bahasa melayu
)
jluah jgk breti dok..hehe..(sorry i speak ingmalayklate)
jluah tu maksud hok dlamnya gapo?
Dah tiada semangat bahasa Melayu dalam hidup kita ni.
ambo nih kalu kira gak kelas cair doh oghe putih(tamboh nga koya doh) tapi gak,masuk 5 tahun dok kolupo nih,kecek klate ssitu lah..ada jatidiri,maghi la ggapo pom,insyaAllah..terkawal
kalu oghe bawah salah oghe atah buleh tegur..kalu oghe atas salah oghe bawah kena tegur..baru melayu buleh berjati..tapi,egoistik bila memiliki kuasa..faktor besar keruntuhan bangsa.
Bahasa melayu keh banyak nak serupa dengan bahasa hindustan.
Bakpoo eeh???.
Contoh:
Batau na = Beritahu lah
Main Puco tum jawab deh = Saya tanya kamu jawab deh.
Batau na tumara naam kya hai = Beritahu lah nama awak gapo.
Suk duk = Suka duka
Sor = Sorak
Jage-jage = jaga-jaga
Aap ka kya khabar hai = Awak apa khabar.
Buri tabiat = Tabiat buruk
Buri khabar = Khabar buruk
ye tumara kamree = ini bilik(kamar) kamu
Nahin Maalum = Tidak maklum.
Nahin Jantihu = Tidak tahu
Bayu = angin (bayu)
Anka = Angka
Singha = Singa
Nag = Ular. Ular hak ada kaki kita panggil Naga.
Umra = umur
Cuma = cium
Badan = badan
Chori = curi
Banyak lagi.. Ni bui contoh jah.
no comment… tiada komen… tp lawak la baca dialek hindustan nh
)