Sememangnya aku atau sapa-sapa saja yang berasakan dirinya orang Malaysia sgt2 berdesing cuping telinga apabila melihat paparan berita yang menyiarkan bahawa segerombolan rakyat indon sanggup menjadi sukarelawan untuk ke Malaysia kononnya untuk menjadi pahlawan perang atas alasan budaya (isu tarian pendet) mereka telah dicuri (permulaan berita di tv3 sebelum berita mengenai rakyat malaysia yang suka menderma-tabung mangsa gempa bumi, indon). Gerakan ‘sweeping Malaysia’ juga amat membimbangkan keselamatan rakyat malaysia yang berada di jawa barat khasnya terutama para pelajar. Mereka dgn bersemangat sekali membawa buluh runcing untuk mengusir rakyat malaysia yang berada di sana, membakar bendera malaysia, hina lagu Negaraku, Malaysia sebagai ‘Malingsia’. Namun, yang sebenarnya bukan sifat dan sikap rakyat indonesia yang anti Malaysia itu yang ingin aku bicarakan, tetapi sifat dan sikap org Malaysia kita sendiri yang berperanan secara tidak langsung menaikkan kemarahan sebilangan kecil rakyat indonesia itu.
Apakah kita sudah ketandusan kesenian tradisional yang menggambarkan masyarakat Malaysia sehinggakan kesenian orang diambil untuk diisi dalam visual yang ingin memaparkan wajah Malaysia? Dalam hal ini, orang yang perlu dipersalahkan adalah pembikin visual kontroversi tersebut yang pada hemat aku, mereka tidak membuat kajian yang mendalam terlebih dahulu mengenai kesenian tradisional Malaysia. Atau mungkin juga mereka rasakan perkara ini tidak akan menyebabkan sekumpulan rakyat indonesia bertindak seperti sekarang.
Malam tadi aku terlihat klip video lagu satu Malaysia di televisyen. Kebanyakkannya adalah visual mengenai kesenian. Apa yang menghairankan aku, sepanjang beberapa minit lagu itu tersiar, kebanyakkan visual kesenian yang keluar adalah dari negeri Sarawak. Terdapat juga visual yang diulang2. Aku tertanya kenapa mereka mengulagi visual sama seakan-akan sudah tiada lagi bentuk seni budaya lain yg terdapat di Malaysia ini. Mana perginya jikey, mek mulong dari kedah, mak yong (sebuah kesenian yang diiktiraf oleh UNESCO sebagai warisan dunia), tari inai, wayang kulit Kelantan, dikir barat dari kelantan, ulik mayang dari terengganu dan banyak lagi yang sudah tentunya negara lain tidak boleh mengakui bahawa kesenian itu adalah hak mereka. Kalau ada sekalipun, kita masih lagi boleh mempertahankannya. dari visual itu, aku bayangkan bahawa pembikin klip video tersebut tidak membuat kajian mengenai seni2 persembahan tradisional yang terdapat di malaysia ini. Mungkin juga mereka kurang pengetahuan mengenai perkara ini. Namun, di manakah peranan pihak kerajaan yang memperjuangkan kesenian ini dalam memberi petunjuk kepada pembikin tersebut? Sudah pastinya pembikin tersebut mendapat bajet daripada pihak kerajaan untuk membuat klip video tersebut.
Jikey
|
Mak Yong |
Mek Mulong |
Canggung |
Dikir Barat |
Tari Inai |
Ulek Mayang |
Wayang Kulit |
Ada kebaikkannya juga hal sebegini berlaku, lantas mengingatkan sesiapa sahaja mengenai pentingnya seni budaya dalam menggambarkah wajah masing2 dan jangan sesekali mengambil hak orang. Mungkin kita memandang remeh perkara sebegitu, tp tidak bagi orang lain.
nota kaki: untuk membicangkan hal ini, kita lupakan seketika mengenai sebilangan rakyat indon yang berada di Malaysia dan menjadi perompak kedai emas, pecah rumah, pencuri kenderaan, samseng, perogol dan seumpamanya.
{ 9 comments… read them below or add one }
sebabnyer malaysia di datangi oleh semua org 2 org luar..pedagang luar ketika dulu..
kaum di malaysia..kebanyakan asal dari indon..spt org2 jawa,banjar..tak lupa juga kpd keturunan
bugis,portugis dan sbgnyer…negara penah di jajah begilah jadinyer…budaya @ kesenian di bawa bersama..dan menetap di sini…jadi lama kelamaan ia sudah menjadi budaya sini..kita pun tak penah ambik tahu dari mana asalnyer…sedangkan kita sendiri mempunyer..byk budaya & kesenian negeri masing2 spt yg diulas oleh penulis,,mafaka..
ini belom lagi kita melihat kesenian cina dan india..yg dibawa dari negara2 mereka…
kalau semua ini hendak dipertikaikan sampai bila pun tak habis…kerana
kita negara berbilang kaum…kecuali mereka2 ini di hantar balik ke negara masing..agak kasar
bunyinyer kannn
tapi saya begitu kecewa dgn rakyat indon yg menggunakan isu ini
sedangkan negara kita begitu ambil berat ngn negaranyer…
takpelah ikut hati mati,,ikut badan binasa lantak dorang lahh..
suatu hari dorang akan malu sendiri….
Wallahulaam
betul tu pokse..
disebabkan ramai rakyat negara ini juga bukan penduduk asal tanah melayu, jadi sememangnya byk kesenian adalah bukan kesenian asal rakyat negara ini yang dibawa masuk utk diamalkan. di johor sahaja, barongan, kuda kepang, wyg kulit jawa, negeri sembilan-randai dll lg.
namun, mereka langsung tiada semangat kenusantaraan. kalau kita nak pertikaikan tindakan goblok sebilangan kecil rakyat indonesia itu, maka tersgtlah banyak utk dipertikaikan, akan tetapi kita sendiri pon ada silapnya walau sedikit. betulkan kesilapan kita terlebih dahulu.
gomo gii..rayo aji balik ko…demoo..hahah..
salah tajuk doh niii
Adakah salah segolongan manusia yang pandai meminta peruntukan dan projek sebegitu bukan dari budayawan dan pencinta muzik tradisional. Bila sanggup untuk membuat kerja yang bukan kepakarannya..maka seudah tentu hasilnya merapu al meraban. Penggilap nilai duit memang bijak mengambil peluang berbanding kepakaran mengolah kebenaran untuk ditampilkan. Siapa mahu mempertikaian selain dari kita di sini…bayaran untuk videoclip itu mungkin sudah dilangsaikan sepenuhnya..apa daya..tapi hujung jari masih bersuara di sini..semampu dan seadanya kita…semoga mata-mata di atas sana terbuka minda untuk kebenaran di lain kali…ahaks..
Kalu balik Kelantan sekali sekala acu cuba masuk melawat muzium gak getek.
Tingkat atas tu ada macam2 pameran mengenai kesenian kelantan, pahtu tengok dan baca.
Lu pikir la sendiri…..
Bunyi kata puak indon yg digelar BENDERA nak serang malaysia arini… samseng teh bunyi… dio ingt kuat sgt ko puak dio nak mari serang tuh… aaa main2…. benda hok lagu tu sampai nak perang nah, baso jenis xdok otak…. tak kabar ko rakyat malaysia gi tolong hantar bantuan kpd ore indonesia, nyo pakat pekong batu ko helikopter askar malaysia… baso jenis kure ajar… kena syukur banyak dh puak dio tu, mugo malaysia tak rajin nak ukit kisah tu… tapi gak baso jenis perangai huduh… tak leh main la aku dgn puak tu… dulu sekali dah nak Ganyang malaysia, ni nak Ganyang pulok… pah ore Malaysia pakat dok senyap sajo la dok mugo demo bakar dero pon pakat dok kelih sajo dale tv… xpo sabar2 kata kerajaan Malaysia sbb nak jaga hati puak dio… sakit hati la ho…taksub sangat teh ko mene sampai nak perang…
Tekpon ni gak berehi amik hok ore sangat….
Betol3!! Sokong semua komen anda2 semua!!
Sebenarnya semua yang berlaku berkaitan dengan kurangnya ilmu pengetahuan. Semoga suatu hari nanti ramai ilmuan terutama dalam industri seni tanah air kita.