Pertama Kali…

Pada 8 April 2011, pertama kali aku menggesek rebab untuk persembahan mengadap rebab oleh Jabatan Tari UM.

TAR_4259

Pada 12 April 2011, pertama kali aku menggesek rebab di Panggung Eksperimen UM sempena persembahan makyong ‘Kenal Panggung’ setelah lebih kurang 11 tahun panggung tersebut tidak dapat digunakan selepas mengalami kebakaran.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada guruku Che Mat Jusoh kerana tunjuk ajar sehingga aku dapat melakukan 2 perkara pertama kali itu walaupun masih banyak kekurangan. Semoga dihalalkan segala ilmu.

Posted in Catatan | 2 Comments

Suatu Hari Di Pasar Siti Khadijah

Sudah lama jugak aku tidak mengunjungi Pasar Siti Khadijah (PSK) akan tetapi suasananya tetap sama pada kunjungan aku pada kali ini dan beberapa tahun lepas.

Cuma aku sangat tertarik pada satu sudut yang sangat kontra antara pelaku dgn apa yg sedang dilakukannya.

Mungkin inilah juga yang menjadikan PSK menjadi tarikan lelaki-lelaki tulen yang sukarela untuk ke PSK membeli barangan keperluan harian.

Posted in Catatan, Uncategorized | 3 Comments

Daud bin Putih

Pada hari Khamis, 13 Januari 2011, 5 ptg aku telah kehilangan seorang lagi datuk di sebekah mak aku. Setelah beberapa hari arwah diserang strok, Allah tidak membiarkannya menderita lebih lama lagi dan telah menjemputnya untuk menjadi penghuni alam abadi.

Beberapa minggu lepas aku aku telah melawatnya ketika aku berada di kampung dan dia masih lagi mengenali aku, walaupun keadaannya sangat tidak bermaya. Sebelah badannya tidak dapat bergerak. Dan apabila aku ingin berangkat pulang, beliau masih lagi sempat bergurau dgn aku.’”..tak datang melawat pon takper dah…rasa macam makin sihat dah..” sejurus selepas beliau diurut oleh seorang tukang urut. Selang sehari aku pergi lagi dan keadaannya masih lagi tidak berubah. Hanya hujung kaki kirinya dapat digerakkan perlahan-lahan. Diakhir pertemuan, aku memberitahunya bahawa aku akan ke kl dan akan balik lagi dalam masa 2-3 minggu seterus. Akhirnya beliau pergi meninggalkan semuanya sebelum sempat aku pulang ke kampung lagi. A ku terkilan kerana tidak sempat memohon maaf daripadanya untuk kali terkahir dan juga tidak dapat pulang ke kampung untuk menatap wajahnya buat kali terakhir sebelum dihantar ke sana. Maafkan ore chek.

Tiada anak cucunya yang mewarisi kebolehannya dalam ilmu perubatan kanak-kanak. Semasa hayatnya, beliau juga merupakan seorang guru silat.

Cucurilah RahmatMu Ya Allah kepada roh beliau. Amin.

Posted in Catatan, Uncategorized | 9 Comments

Selipar Jepun

Ketika aku berada di kampung, pada hari Jumaat aku akan bersolat Jumaat di Masjid Mukim Chicha Tinggi Pasir Mas yang lokasinya tak sampai 1 km dari rumah aku. Pada satu petang, dengan tergopoh gapah aku ke masjid dengan memakai selipar jepun utk solat jumaat di masjid. Selesai solat dan mengaminkan doa oleh imam masjid, aku terus keluar dan mendapati selipar jepun yang aku pakai tadi tidak ada di tempat yg sepatutnya. Aku tunggu sehingga org terakhir yang turun dari masjid, tapi yang tinggal hanyalah sepasang selipar jepun yang sebelahnya hijau dan sebelahnya merah. Berbakul-bakul aku membebel, siapalah yang punya angkara yg rabun warna rabun rasa. Aku sgt pasti selipar yang aku pakai tadi adalah yang berwarna hijau kedua2 belahnya. Nak tak nak, aku pakai jugak selipar jepun yang sebelahnya merah dan sebelahnya hijau tadi. Sampai je di rumah, aku dapati ada lagi sepasang selipar jepun yang sebelahnya merah dan sebelahnya hijau terletak di luar pintu dapur. Aku keliru beberapa saat. Takkanla bapak aku yang tertukar selipar masa kat masjid tadi. Tp bapak aku tak sampai rumah lagi. Selipar itu pula memang pasangan dia yang ada kat kaki aku. Sah!!..rupa-rupanya masa aku keluar rumah tadi memang aku pakai selipar jepun yg sebelahnya merah dan sebelahnya hijau. Dengan ini aku memohon maaf kepada penduduk kg Chicha Tinggi yang bersolat Jumaat dan telah aku bebelkan tempoh hari.

pendidikan moral: tgklah kaki sebelum mula berjalan.

takder kena-mengena dgn cerita: rasakan jgk zip seluar anda walau di mana anda berada…….. (yg baca ni, mesti akn pegang zip seluarnya..hehehe)

Posted in Catatan, Uncategorized | 9 Comments

geli hati ke sakit hati…

Hari ni ada seorang pelajar UM (bukan Melayu) telah menghubungi aku untuk mendapatkan satu persembahan wayang kulit selama sejam di DTC. Aku bertanyakan berkenaan bayaran yang akan diberikan, namun pelajar itu bertanya kepada aku kembali berapakah bayaran yang diperlukan. Dia terkejut dengan kadar bayaran yang aku nyatakan dan selepas itu aku juga terkejut dgn  kadar bayaran yang mereka sediakan. Secara tak langsung aku juga berasa terhina.

Kemudian aku mencadangkan kepadanya sebuah persembahan dikir barat oleh kerana terdapat kumpulan dikir barat yang terdiri daripada pelajar2 UM. Sudah pasti mereka boleh membantu walaupun bayarannya tidak berbaloi. Apa yang mengejutkan aku ialah dia bertanyakan aku kembali APA ITU DIKIR BARAT??. Sedangkan pelajar itu belajar di UM di mana rata2 kolej kediaman ada kumpulan dikir barat. Aku terfikir, apalah yang kita nak banggakan  sangat pasal kesenian kita sedangkan masih ada lagi warganegara kita yg tidak tahu ttg kesenian tersebut (keadaan ini sememangnya tidak pelik sebenarnya). atau mungkin budak tu memang selenga..apa tidaknya..semasa aku bercakap dgnnya di telefon, aku menggunakan bahasa melayu tetapi susah untuk difahaminya dan terpaksalah aku pakai bahasa melayu yang mempunyai pelatnya. Ternyata memang mudah untuk difahaminya. Inilah Satu Malaysia.

Posted in Catatan, Uncategorized | 8 Comments