Dalam pada universiti-universiti ternama tanah air begitu ghairah mengejar ranking teratas universiti di seluruh asia mahupun dunia, pujian seharusnya diberikan kepada Dewan Budaya Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang di atas penganjuran program yang begitu jarang sekali diadakan di ipt pada masa sekarang. Ada juga di kalangan cerdik pandai universiti tanpa segan silu menyatakan bahawa program yang sebegini langsung tidak menyumbang ke arah kedudukan terbaik universiti dan mereka berasakan suatu pembaziran untuk mengeluarkan bajet bagi menganjurkan program yang sebegini. Biaq pi lah…
Program ini disertai beberapa jenis kesenian tradisional dari dalam dan luar negara antaranya Awang Batil, Alu Bunyi (Perlis), Wayang Gedek (Kedah), Menora (Thailand), Ona Ona Sabil-Sabil (Indonesia), Dikir Barat, Wayang Kulit Kelantan (Kelantan) sekaligus dapat mengeratkan lagi perhubungan seni antara kesemua pengamal kesenian tradisional ini.
5am @pelita. Disambut oleh Abe Mat |
Bersama peserta dari Thailand |
|
Rehearsal |
||
Overture |
||
| Hadrah
Alu Bunyi |
Joghee
Caklempong |
| Tarian Menora |
Ona-ona Sabil Sabil |
PESIBAN sangat beruntung pada kali ini kerana dijemput untuk menyertai program tersebut atas cadangan adiguru CMJ. PESIBAN mewakili persembahan tradisional daripada kelantan iaitu dikir barat dan wayang kulit Kelantan. Program ini secara tak langsung sedikit sebanyak dapat memberikan pengalaman yang baru kepada ahli-ahli tertamanya di kalangan ‘budak-budak baru’.
gambar hiasan
{ 6 comments… read them below or add one }
tahniah…itu saja yang mampu dikatakan bila takdir tertera sebuah lirik lagu yang bertajuk ‘Aku yang tertewas’..
hahaha…kes nyayo tuh…
bejadi.. tapi gambar kecik telajok.. ambo doh la mato ppulor.. tapi pengalaman ni pah ke bilo ambo ingat.. terima kasih pesiban..
xdok aros la ada kelas…kalu dok kito join doh..huhuhuhu…frustrated..
ada so lagi gambar hok tak mmasuk..kalu mmasuk, soheh ado ore ngamuk…nati nak mmasuk..
tahniah pesiban